BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, August 18, 2010

PGM Masih Relevan!

SEBAGAI ketua penguatkuasa utama ne gara, kami warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) khasnya anggota marin berasa kecewa dengan kenyataan Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia seperti dilaporkan akhbar baru-baru bahawa APMM akan berkuasa penuh dari Polis Marin di laut dan pantai pada 2011. Kenyataan ini seolah-olah menafikan peranan, fungsi dan sejarah Pasukan Polis Marin yang kini dikenali Pa sukan Gerakan Marin (PGM) yang tertakluk di bawah Ak ta Polis 1967. Kami sedar peranan baru APMM laksanakan tetapi janganlah menidakkan peranan dan fungsi PGM yang sudah lama menabur bakti kepada masyarakat di pesisir pantai sejak ditubuhkan pada 1 Septem ber 1947 di Pulau Pinang. Perlu diingatkan kuasa polis bukan hanya terbatas di sesuatu tempat malah meliputi seluruh pelosok negara seperti termaktub di dalam perlembagaan negara tanpa had termasuklah di perairan. Di awal penubuhan, ia berperanan dalam pencegahan jenayah dan penyeludupan di perairan Selat Melaka, Laut Cina Selatan termasuk Sabah dan Sarawak.

Ketika ini banyak aktiviti lautan yang berkembang pesat seperti cari gali minyak, penangkapan ikan, pelancongan di pulau-pulau kecil, aktiviti bot penumpang dan sebagainya. Semuanya memerlukan pengawasan dan bantuan kepolisan dari segi pelesenan dan penguatkuasaan.

Pada 1997 sekali lagi panji Pasukan Polis Laut ditukar kepada Pasukan Polis Marin. Malah hari ini namanya se kali lagi ditukar kepada Pa sukan Gerakan Marin bagi memperkasakan lagi pasukan itu supaya lebih sensitif, progresif dan inovatif untuk berbakti kepada masyarakat di samping penubuhan Unit Gempur Marin (Ungerin) untuk menangani masalah lanun dan pendatang tanpa izin di perairan negara.

Peranan 'Beret Biru Muda' bukan hanya melakukan rondaan pencegahan bagi menguatkuasakan akta berkaitan dengan asetnya malah juga mengambil alih balai dan pondok polls di pulau, tasik, pesisiran pantai dan sungai selepas APMM mengambil alih fungsi di lautah manakala PGM di pesisir pantai.

Sebanyak 41 pangkalan di seluruh negara ditambah fungsi, peranan dan tugas untuk menjadi balai polis pantai dan pondok polis pan tai berserta pegawai penyiasat marin. Khidmat dan fung si PGM masih relevan dalam mengekalkan keselamatan dan ketenteraman awam serta keutuhan kedaulatan undang-undang persekutuan perlu digerakkan pada masa kecemasan seperti terkandung di bawah Seksyen 20 Akta" Polis 1967. Keputusan kerajaan sebelum ini melakukan perubahan nama itu amat bertepatan untuk memperluaskan lagi peranan pasukan tersebut. Tetapi kini APMM terus cuba berusaha untuk menghapuskan peranan dan fung si PGM yang mengawal pe sisir pantai pula. Tugas PGM juga memberi bantuan aset kepada unit dan cawangan dalam PDRM di pulau dan pesisir pantai se perti latihan VAT69, SAR dan sebagainya bagi meningkatkan kecekapan. Jika pengambilalihan aset-aset berlaku tidak mustahil pada masa depan pegawai atasan kami terpaksa menyewa bot atau menaiki feri untuk melaku kan lawatan kerja atau tugasan kepolisan lain di pulau dan sungai. Panji Diraja Pasukan Ge­rakan Marin (Pasukan Polis Marin) harus dipertahankan kerana ia anugerah dan kurniaan tertinggi Yang diPertuan Agong kepada pasukan itu tanpa diganggu gugat pihak lain.

CUMA WARGA PESISIR PANTAI,

Wilayah1, 2, 3, 4 & 5.

9 Disember, 2009


____________________________________________________________________________________________


statement tadi nih kata2 dr sorg pegawai aku yg baru je menamatkan ekspedesi kibar jalur gemilang dari utara borneo ke semenanjung merentasi 3 lautan utama.....

apa aku nk cakap sini..

ada betolnya juga.....peranan pasukan yg aku bernaung sekarang masih n diperlu2kan sgt utk keselamatan negara n masyarakat....

sebagai pasukan keselamatan n bukan agensi penguatkuasaan PGM penting utk semua...semua memainkan peranan agensi2 yg terlibat dalam maritim seperti TLDM,Kastam Laut,Jbt Laut & Perikanan...

dari penugasan near coastal,coastal n terus ke 12nm ke atas dr pesisir pantai semua agensi mempunyai peranan masing- masing...

Apapun semoga PGM tetap unggul di masa kini dan akan datang insya'Allah...

kepada semua agensi2 yg berkaitan tugas2 maritime...kita semua 1 malaysia ma..ringan sama di pikul n berat sama di jinjing..... :D

0 comments: