soksek soksek...
Monday, March 29, 2010
soksek soksek bercanda;
Posted by mr mohd fared at 8:14 PM 0 comments
Sunday, March 28, 2010
azali kita bukan diri sendiri..
[ke_ter-perasa_an] - aku geli gelu geletek hati biler terbace statement seseorang yg telah pergi ke hadapan .
Posted by mr mohd fared at 8:26 AM 0 comments
Tuesday, March 16, 2010
Bersama Kita Dalam Perubahan
Hidup ini perlukan perubahan. kadang kala kita mengikut arus perubahan tersebut. kadang kala kita yang memacu kemajuan arus perubahan itu. tetapi kadang kala ada ketika kita boleh hanyut dengan perubahan masa yang berlaku. sama ada perubahan itu adalah atas kehendak kita mahupun atas kemahuan orang di sekeliling kita. Di mana kita terpaksa akur dengan perubahan yang perlu kita lakukan. perubahan itu pantas. kadanag kala kepantasannya bisa mengubah kita. mengubah seluruh kehidupan kita. kerana kepantasan perubahan itu menghambat kita untuk berlari sama laju dengan perubahan tersebut. kadang kala kita tertinggal dek kepantasan perubahan itu kerana lambatnya kita untuk menerima hakikat bahawa perubahan itu telah datang dan kita perlu berubah bersama perubahan yang datang. Yang pasti, perubahan yang telah datang telah membuatkan aku dari berjalan kini sedang berlari. berlari mengejar sesuatu yang telah nampak dihadapan berbanding perjalanan lama yang kabur tetapi masih tetap berjalan. ku harap pelarian ini akan semakin pantas aku lalui dan semakin aku dekat menghampiri-Nya.
Posted by mr mohd fared at 11:43 PM 1 comments
Labels: cinta terlalu indah bila di rasa.. terlalu perit bila di ludah.
Monday, March 15, 2010
[Peristiwa Akhir Seminggu]
1st Week,
Posted by mr mohd fared at 5:26 AM 0 comments
Friday, March 12, 2010
Hatiku Tertingal Di Kuala Lumpur....
maaf utk segalanya...
Posted by mr mohd fared at 11:54 AM 0 comments
apology v4
sekali lagi aku terjunam jauh setelah rasa nih meningkat naik smp ke langit ke tujuh...
Posted by mr mohd fared at 11:40 AM 0 comments
Persetankan mereka...
apa bakal aku tulis nih mmg ada kaitan sgt dgn aku baik rapat,baik dekat baik jauh baik juga yg tiap2 hari bjumpa...
Posted by mr mohd fared at 10:18 AM 0 comments
Monday, March 8, 2010
Ketika Cinta Bertasbih
Ketika Cinta Bertasbih
Bertuturlah cinta
Mengucap satu nama
Seindah goresan sabdamu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih
Mengutus Hati ini
Kusandarkan hidup dan matiku padamu
Bisikkan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku padamu Maha Cinta
Sudah di ubun-ubun cinta mengusik resah
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit
Ketika Cinta bertasbih Nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud sukur padamu atas segala cinta
Posted by mr mohd fared at 11:27 AM 1 comments
Sunday, March 7, 2010
Erti Disebalik Kesetiaan
mai insan yang masih lagi tidak faham akan apakah erti kesetiaan dalam sebuah perhubungan. Ramai yang bertanya mengapa kita perlu setia, sedangkan belum tentu kekasih kita itu menjadi pasangan hidup kita? Disebabkan persoalan inilah kecurangan sering berlaku dimasa kini, sehingga ramai antara insan di muka bumi ini dilanda kekecewaan dan ada yang menyedihkan sehingga sanggup membunuh diri apabila ditinggalkan kekasih.
Kesetiaan dalam perhubungan adalah sangat penting, ini adalah kerana kita telah mengambil amanat dan tanggungjwab daripada pasangan kita itu untuk menjadikan dirinya hanya satu dihati kita sewaktu kita mengambilnya sebagai kekasih. Alangkah sedihnya apabila tanggugjawab atau amanat yang seharusnya kita jaga itu, tidak kita tunaikannya…? Tidakkah ia sama dengan penipuan…? Jangan taburkan janji jika kita tidak mampu untuk tepati dan jangan mengata cinta kalau kita tidak mampu untuk memberikannya sepenuh hati…
Ingatlah bahawa, hidup kita seperti roda, tidak semestinya kita sentiasa berada di atas. Jika kita permainkan hati insan lain, suatu masa kita juga akan dipermainkan… Dan pada waktu itu, penyesalan tiada gunanya… Setiap apa yg kita lakukan pasti ada balasanya, hanya masa yang dapat menentukan…
Untuk insan yang menjaga kesetiaan terhadap pasangan, anda adalah yang terbaik. Jadilah insan yang boleh membahagaian pasangan kita tanpa rasa jemu. Jika anda dicurangi, jaganlah bersedih ataupun berdendam, tetaplah menjadi yang terbaik. Kerana anda mempunyai maruah diri, jangan samakan diri anda dengan insan yang tidak setia. Anda telah melakukan yang terbaik untuk pasangan anda dengan menjaga keperibadian diri dengan sebaiknya. Mereka tidak pandai menjaga harga diri mereka. Suatu hari nanti mereka akan menyesal dan akan menyedari akan kebaikan yang anda lakukan…
Tidak penting utk kita ketahui sama ada pasangan kita jujur, ikhlas atau setia dengan kita yang penting Allah tahu kita bagaimana, dan Allah tidak akan mensia-siakan apa yang kita lakukan… Tawakal dan redha lah…
Lelaki atau wanita yang baik hanya untuk lelaki atau wanita yang baik…
Manakala lelaki atau wanita yang tidak baik hanya untuk lelaki yang tidak baik…
Pilihan adalah di tangan anda…
*Jiwa Juga Aku Ni..
Bak Kata Sam Kat Aku.. "Inda Apa Bahh Kalau Sekali Sekala Kita Berjiwa" thx sam..
semua nih pon aku tulis atas apa yg aku penah rasakan baik salah atau pon betol..
Posted by mr mohd fared at 9:48 AM 0 comments