BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, August 7, 2013

Bingkisan Kecil.



Assalamualaikum...

Memang agak lama aku sendiri tak menulis di sini...
dengan keadaan yang teramat - amat sibuk...
tanggungjawab sebagai seorang suami dan bapa kepada anak kecil yang dinamakan Adam Fitry...
Alhamdulillah genap umur Adam setahun masuk Ramadhan kali ini...

2013?
Terlalu berat untuk aku singkap satu persatu...
Rasanya Januari saja aku ada masa terluang bersama anak & isteri di rumah..
Bermulanya Februari Dengan insiden Pencerobohan di Lahad Datu Sabah...
Dari Op Dayak - Op Sulu - Op Daulat (Selama tempoh hampir 62 hari) aku terlibat dengan tanggungjawab kerja di sana.. anak isteri? Maafkan abang syg,maafkan ayah Adam, pemergian abang  atas dasar tugas hingga terpaksa meninggalkan syg & adam terlalu kerap di rumah.. tapi, Alhamdulillah syg lebih cekal & berdikari setiap kali abang tiada di rumah,,
Sekarang masih lagi dalam mode ops landai (Alhamdulillah kali ni lebih tertumpu di kawasan pesisir pantai Sandakan) lebih kepada tugas sokongan untuk u69k,unggerin dan esscom.

Dalam kesibukan yang amat melampau...
Mei lepas aku & keluarga di kejutkan dengan penyakit Kanser hati yang di hidapi ayah...
dan sebulan lepas tu arwah Ayah menghembuskan nafas terakhir di wad PCU Hospital Permaisuri Bainun Ipoh.
Ayah memang kuat menghadapi perang dalam badan dia... 8 minggu ayah bertahan.. Dan tiba masa 29 Jun lepas.. Allah lebih menyayangi dia.. selama 29thn saja Allah s.w.t Pinjamkan ayah buat aku...
Emak? Harap mak makin kuat... mak bagaikan Jantung utk aku bernafas.. aku doakan mak cekal menghadapi hari2 mendatang...
aku? terpaksa menerima kenyataan bahawa ketiadaan ayah... byk dosa aku dgn ayah.. harap ayah ampunkan aku dan aku sentiasa berdoa buat ayah.. agar ayah ditempatkan bersama orang2 yg beriman..

Lama aku menahan airmata ni... dari hari ketiadaan ayah sampai la tadi bergemanya takbir raya...
aku menangis malam ni bukan sebab aku keseorangan di rumah,bukan sebab esok aku bakal bergerak masuk op di waktu orang menunaikan solat sunat hari raya,bukan sebab aku tak dapat beraya.. tapi tersentap sejenak hanya kerana terpandang potret ayah di dalam blog adik aku...
aku ingat lagi 27hb Jun, dua hari sebelum arwah menghembuskan nafas yang terakhir.. aku sempat berborak dengan dia pagi tu...ya pagi di mana sebelum  petang yang dia jatuh dan tenat tu.
pesan arwah yang akan aku pegang sampai bila-bila...
Jaga anak bini baik2,jgn selalu panas baran & berkali-kali dia ulang perkatan yg sama ini.
selama ni aku lawan air mata aku dari jatuh... dari ayah dalam wad lagi hingga la aku dengan herie turunkan jenazah arwah ayah di liang..
pulang dari tanah perkuburan langsung aku takda selera.. sememangnya pelik bagi aku & orang sekeliling sebab selama ni aku pantang tolak sebarang benda berkunyah depan mata.
Syawal kali ni ayah dah takda... semoga dia aman di sana. semoga rohnya di cucuri rahmat...
Ayah, Ampunkan salah silap fared...
Fared sayangkan ayah..
sekarang hanya doa yang fared dapat panjatkan buat ayah...
semoga ayah tenang di sana...
Al-Fatihah.



Dahlan Bin Amon
13th January 1950- 29th June 2013 (4.30 am)


Salam Aidilfitri.


2 comments:

Anonymous said...

Innalillah. Alfatihah. Takziah mrfared skeluarga.

Anonymous said...

4.10.2013.. mr fared, selamat hari tue.. smoge dmurahkn rezeki n bhgie sllu d smping kuarge tersyg